Friday, 20 May 2011

PeNGerTIaN CinTA

       cinta mempunyai banyak makna..pelbagai definisi yang boleh kita anggapkan daripada cinta...antara pengertian cinta adalah kecenderungan seluruh hatinya yang terus-menerus kepada orang yang di cintai...


      Selain itu, cinta, juga boleh didefinikan sebagai kesediaan hati menerima segala keinginan orang yang dicintai.....cinta pernah mengatakan yang cinta tidak di paksa..ia adalah mengikut kerelaan sendiri...bila cinta terpaksa kadang-kadang dia tidak mampu menerima seadanya pasangan mereka....


      Bukan itu sahaja, Kecenderungan sepenuh hati untuk lebih mengutamakan dia daripada diri dan harta sendiri, seia sekata dengannya baik dengan sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, kemudian merasa bahwa kecintaan tersebut masih kurang.

       Betapa indah kan jika mengembaranya hati karena mencari yang dicintai sementara lisan 
senantiasa menyebut-nyebut namanya...pasti indah cinta itu...pasti akan bahagiakan hingga ke akhir hayat kita kan..


      Cinta kadang boleh membuat kita menyibukkan diri untuk orang yang dicintai dan mengenang yang dicintainya dan 
menghinakan diri kepadanya.



       Oleh itu, cintailah orang yang dicintai....moga kebahagian itu kekal selamanya..AMIN....

Wednesday, 18 May 2011

PeNGorBaNAn D!RIku

MACAM MANA YE MAHU MEMULAKAN CERITA....
BISMILLAH...DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...


           WAHHH...BAIK SUNGGUH DIRIKU INI...MACAM MUFTI PUN ADE (PERASAN LEBIH ) HAHAHAA....HARI INI DIRIKU AMAT BERDUKA SEKALI...AMAT TERSEKSA DENGAN TUSUKAN MAWAR BERDURI YANG MENGALIR DAR H MERAH ...KENAPA DIRIKU TERLALU BAIK...SENTIASA MENGALAH DALAM APE JUA SITUASI...MUNGKIN DIRIKU TELAH DI DIDIK BEGITU...MUDAH BERSIMPATI..IKUT SAHAJA APA KATA ORANG...MUDAH DI PERMAINKAN DAN PELBAGAI LAGI...
          KENAPA DIRIKU SERING DI PERLAKUKAN BEGINI...DIRIKU MERONTAP-RONTA KESEDIHAN...TIADA SIAPA MENGETAHUI...AKU SENTIASA MENANAM DIRIKU SEPERTI JOKER ATAU PUN PENGHIBUR...DIRINYA HANYA MAMPU MENG HIBUR KAN MANUSIA TETAPI HAKIKATNYA DIRINYA SENGSARA..PANDAI MENYEBUNYIKANNYA DIDALAM SENYUMAN DAN GELAK KETAWANYA....ERMMMMM...
          JOKER-JOKER....DIRIMU SEPERTI DIRIKU....HANYA PANDAI MENGHIBURKAN MANUSIA TETAPI TIDAK PANDAI MENGEMBIRAKAN DIRI....DIRIKU AMAT SEDIH SEKALI HARI INI..SENYUMAN MENJADI PUNGUBAT...DIRIKU TERTANYA-TANYA ADAKAH DIRINYA TIDAK MERASA CINTAKU TERHADAP DIRINYA....ADAKAH DIRINYA TIDAK MERASAI PENGORBANAN DIRIKU....ADAKAH INI HANYA MIMPI SIANGKU
           BERILAH KU JAWAPAN AGAR KU MAMPU MENERIMA HAKIKAT INI...RASAILAH CINTAKU...DIRIKU TIDAK MEMPUNYAI MASA LAGI...JAM BERDETIK DENGAN PASTAS..HARI BERGANTI HARI...HANYA BEBERAPA LAGI DIRIKU BERADA DI SINI...BERIKAN LAH KU LEBIH PERHATIAN AGARKU TERIMA GEMBIRA DI HARI KELAK
           ANDAI MASA DAPAT KU BERHENTIKAN DIRIKU MAHU MENGUBAHNYA...TOLONGLAHHHH...DIRIKU SEDIH SEKARANG INI....TETAPI DIRIKU TIDAK MAHU ORANG LAIN RISAU DENGAN DENGAN KESEDIHANKU...DIRIKU HANYA MAMPU BERSEMBUNYI DIBALIK WAJAH JOKER...DIRIKU ADALAH JOKER..MAMPU BERGEMBIRA DI SEBALIK KESEDIHAN...








JOKER.....

Friday, 6 May 2011

KisAh CinTA Ku

        Di hening senja yang permai,di tiupi pawana yang dingin,matahari memancar kemerah-merahan, disitulah muncul cinta hatiku. Takkala sedang diriku duduk di tepi pohon yang sayup, ku terdengar rentakan tapak kaki yang mengikut irama melodi sayup. Ku mencari-cari di manakah datangnya melodi rentak itu. Sedang ku tercari-cari,tiba-tiba ku terlihat seorang wanita bak puteri kayangan muncul dari syurga. Ku tergamam sebentar. Diriku terpaku,hanya mampu diam membisu. Kata-kata ku terkunci. Bagai di paku tusukan berduri di bibir ku.
Diriku di buai dengan haruman dari pohon sena. Terlena diriku di bahtera cinta.
          Ohhh.... diriku terlupa. yang ku ingin mencari adalah dari mana  rentak  bunyi kaki itu berada. Siapakah empunya rentak kaki yang telah menambat hatiku ini. Bila ku mencari dan mencari, akhirnya ku temui juga empunya rentakan kaki itu. Rupa-rupanya ia adalah kepunyaan puteri kayangan yang menambat hatiku tadi. Mataku hanya tertumpu pada dirinya. Melihat gelagat senyumannya, tawanya, jelingan matanya dan juga kegembiraannya bersama teman-temannya.
          Setiap hari, ku akan menanti si dia.Hatiku meronta-ronta kegembiraan pabila melihat dirinya. Ku malu tuk bertegur dengan si dia kerna diriku hanya insan biasa. Bak kata orang tua " bagai langit dengan bumi ".
Dari situ, ku hanya mampu melihat dirinya dari jauh. Hasrat hatiku tuk meluahkan isi hatiku padanya terpaku kerna diriku hanya insan biasa.
          Sudah enam bulan ku memerhati dirinya. Namun ku tidak tahan lagi menahan rindu n cintaku ini. Dan akhirnya pada suatu hari,mungkin dengan kebesaran illahi ku dapat bertemu dengan dirinya. Walaupun hanya sekadar di alam siber, ku amat bersyukur kerna tuhan telah temukan diriku dengan si dia.Ku rasakan bagai dunia ini milikku.Tiada apa yang membuat diriku gembira melainkan si dia.
            Dari situ ku ingin menghampiri dirinya. Boleh di katakan setiap saat diriku hanya mengingati dirimu.Semakin lama ku menghampiri dirinya,semakin membuak-buak cintaku terhadap dirinya..Boleh dikatakan makan tak kenyanag dan mandi tak basah. Ku tak mampu lagi bertahan..
            Pada satu hari, ku ingin meluahkan hasratku dapanya. Tetapi ku merasa malu. Ku menyampaikan hasrat cintaku melalui beberapa buah sajak yang membuar-buarkan cinta.Akan tetapi diriku masih tidak terubat...dan akhirnya ku memberanikan dirikan diriku tuk melafazkan cintaku pada si dia. Dan mungkin takdir tuhan, akhirnya dia menerima cinta ku...Perasaanku jadi tidak menentu..Impianku selama ini termakbul.
            Ku bagai dibuai mimpi.Diriku sangat gembira bila ku bersama si dia.Ku tidak tau apa akan terjadi pada diriku jika tanpa dirinya.Tetapi tempoh hubunganku tidak lama.Selepas dua minggu ku menjalinkan hubungan akhirnya berakhir begitu sahaja.Ku tidak dapat menerima pengakhiran begini dengan alasan " kita berkawan dahulu dan kite belum kenal hati budi masing-masing ".Diriku terdiam dan membisu. Ku berasa amat sedih.Remuk hatiku ini.
             Tetapi ku tidak berputus asa. Ku terus cuba tuk memikat hatinya kembali.Dengan berkat usaha dan doaku,akhirnya ku dapat menambat hatinya semula.Ku amat sayang padanya.tiap hari ku teringat padanya dan tiap hari juga ku sentiasa merindui dirinya.Hubunganku bersama si dia semakin rapat.Pelbagai halangan yang ku rempuhi bersama.
             Pada penggal cuti semester,diriku ada merasakan sesuatu yang tidak selesa.Hatiku berdetik dengan pantas.hatiku amat terasa tidak sedap. Pada suatu hari,dengan kebesaran tuhan, Tuhan ingin menunjukkan ku sesuatu kebenaran.Tiba-tiba u teringin sangat hendak membuka laman siber cinta hatiku.Apabila ku terbaca mesej-mesej nya, ku terdiam dan menitiskan air mata.Ku merasa sangat sedih pada masa itu.Rupa-rupanya dirinya masih merindui cinta lamanya.
             Pabila ku menanya pada dirinya pada awalnya dia tidak mengaku.Akhirnya selepas ku memberitahu kebenaranya baru la dia mengakui perasaan dirinya.Ku sedih yang teramat sangat.Selera makan ku berkurang.Ku hanya mampu mendiamkan diri sahaja.kesedihan ku tidak tertahan..Mungkin dirinya tidak mampu melihat diriku tersiksa.Dia menyuruh diriku melepaskan dirinya.
              Ku tidak sanggup melakukan keputusan ini. Ku tidak sanggup kehilangan dirinya. Dengan demikian ku mengambil keputusan tuk terus bersama si dia.Walaupun pahit ku tuk terima hakikat, tetap ku telan jua walaupun pahit.Hari berganti hari,bulan berganti bulan.Masa bergerak begitu pantas.Dengan berkat kesabaran ku,akhirnya ku dapat melupai kisah lalu.Ku mula ingin mengambil hatinya sepenuhnya.
              Pada semester baru, ku terkejut melihat pada perubahan dirinya.Dia menjadi seorang yang lebih penyayang.Aku gembira melihat perubahan pada dirinya.Cinta ku makin bersemi.Cintaku makin berseri.
Pada saat itu,cinta ku terhadap dia semakin membuak-buak.Mudah-mudahan tidak berlaku lagi kisah lalu..Ku mohon pada-Mu ya Allah.
              Sekarang, diriku sangat bahagia bersama si dia.walaupun kadang-kadang bergaduh.Biasalah sedangkan lidah lagi tergigit,ini kan pula laki bini..opsss belum sah lagi ye..hehhehehehe....diriku sentiasa mohon pada illahi supaya kekalkan lah hubungan kami hingga ke akhir hayatku.
               Sampai sini sahaja kisah cintaku.Bila ada masa lagi ku akan menceritakan lagi ye...doakan ku bahagia bersama si dia ye..Aminnnn..assalamualaikum..